Monday, 19 December 2016

FASA 2-   AWAL 30-AN HINGGA 40-AN

Pada peringkat ini, pendapatan individu sudah mulai meningkat. Jika kenaikan gaji purata 5% setahun dan kita mula bekerja sejak awal 20-an, besar kemungkinan gaji kita sudah naik sekurang-kurangnya 50%.
Dari segi keperluan kewangan pula antara lain ia mungkin meliputi keperluan untuk:


  • Penyusunan semula Hutang
  • Pembelian kereta yang lebih mewah
  • Pengubahsuaian rumah atau pembelian rumah baru
  • Peruntukan untuk MELANCONG/mengerjakan UMRAH/HAJI
Dari segi pelaburan, individu pada peringkat ini boleh menerima risiko lebih tinggi berbanding pada FASA 1.
Pembelian polisi takaful pula lebih tertumpu kepada polisi kesihatan yang meliputi polisi 'critical illness' dan polisi takaful PENDIDIKAN ANAK-ANAK.

Di peringkat ini juga individu tersebut bakal berdepan dengan kos perbelanjaan untuk anak-anak. Kategori perbelanjaan mengikut peringkat usia anak-anak ialah


  • Bayi ke Tadika
  • Sekolah Rendah
  • Sekolah Menengah
Contoh keperluan kewangan bagi BAYI yang bakal dilahirkan ialah Kos pemeriksaan oleh Doktor, Pakaian dan Lampin, Perkakas penyusuan dan kos Perubatan.
Bagi peringkat TADIKA dan SEKOLAH pula, Sudah tentu KOS YURAN PENGAJIAN  DAN ALATAN PEMBELAJARAN perlu difikirkanselain KOS MAKAN DAN MINUM.
Oleh itu sangat penting ibubapa membuat perancangan kewangan yang teliti dengan memikirkandari sudut keutamaan kemana wang itu sepatutnya dibelanjakan dahulu.

3 comments: