KEWANGAN ialah suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan.
Semua orang perlu merancang kewangan masing-masing tidak kira samada kaya atau miskin.
Namun , rancangan kewangan yang tidak dilaksanakan dengan baik akan mengundang kegagalan dalam menguruskan kewangan.
Sebahagian daripada masyarakat hari ini berfikiran hanya orang kaya perlu merancang kewangan dan kemungkinan akan membuat pelaburan.
SILAPLA JIKA BERFIKIRAN BEGITU
Bahkan orang yang hanya mempunyai sumber kewangan sekadar "CUKUP MAKAN" lebih memerlukan perancangan kewangan yang teliti untuk memastikan SURVIVAL KEHIDUPAN mereka TERJAMIN tanpa pelu meminta-minta dari orang lain.
Selaku penggerak koperasi, ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK) perlu terlebih dahulu menguruskan kewangan peribadi dengan baik supaya komitmen untuk menjalankan tugasan terutama yang melibatkan aktiviti pembuatan keputusan di koperasi tidak terganggu kerana terlalu memikirkan tentang STATUS KEWANGAN PERIBADI YANG TIDAK STABIL.
Dalam hal ini, peranan koperasi dalam menjana ekonomi anggota perlu diambil perhatian sewajarnya oleh semua ALK.
Ini kerana, setiap keputusan yang dibuat akan membawa implikasi kepada kedudukan kewangan peribadi yang baik, ia akan mendorong mereka untuk melaksanakanperkara yang sama apabila melibatkan pengurusan kewangan koperasi
KITA CERITA LAGI DALAM TAJUK MERANCANG KEWANGAN PERIBADI DALAM FASA KEHIDUPAN
No comments:
Post a Comment