Tuesday, 20 December 2016

SKM, ANGKASA,MKM, PULAKOP DAN KOPERASI

Berdasarkan kepada perkembangan gerakan koperasi semasa berasaskan kepada fungsi Koperasi semasa berasaskan kepada fungsi koperasi, maka didapati terdapat kepelbagaian aktiviti koperasi seperti kredit dan perbankan, pertanian, pembangunan harta tanah, pelancongan, pengangkutan, kesihatan, peruncitan dan sebagainya.
Dalam melaksanakan perniagaan koperasi mengikut aktiviti diatas, mungkin pihak koperasi menghadapi halangan dan masalah untuk merealisasikan objektif setiap aktiviti tersebut.
Oleh itu, Pusat konsultasi dan penyelidikan menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang seperti berikut:

  • Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
  • Perakaunan dan Kewangan koperasi
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Perniagaan Koperasi
  • Pengurusan Strategik
  • Pengurusan Am
Khidmat konsultasi dan khidmat nasihat juga merupakan cara terbaik untuk turun ke akar umbi koperasi  bagi menyelami masalah yang dialami oleh koperasi dan dapat menerapkan elemen setempat untuk menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan Akta Koperasi 1993, peraturan, Garis panduan, Aturan dan lain-lain peraturan. 

Khidmat ini diterapkan oleh MKM (Maktab Koperasi Malaysia) kepada Koperasi dan Koperator.
MKM ditubuhkan atas dasar untuk memberi pendidikan , maklumat dan latihan kepada Anggota Koperasi dan Koperator secara Formal dan tidak Formal.

Kursus -kursus tersebut adalah:
  • Pengurusan dan pentadbiran Koperasi (Wajib 1 )
  • Pengurusan Kewangan Koperasi (Wajib 2)
  • Pengurusan Strategik (Wajib 3)
  • Penyedian Aturan Koperasi
  • Tatacara Pengauditan dan Perakaunan Koperasi 
  • Panduan Mesyuarat agong Koperasi
  • Penyediaan laporan Tahunan koperasi
  • Asas pengurusan  perniagaan koperasi
  • Aplikasi MS Excel
  • Perakaunan aktiviti homestay
  • Penyediaan pakej pelancongan dalam negara
  • Pengurusan perniagaan Homestay
  • Membina blog & pemasaran perniagaan online (Homestay)
  • Potensi perniagaan penjagaan diri
Pembelajaran dan Peluang yang PERCUMA untuk  ANGGOTA KOPERASI

1 comment: