FASA 1- AWAL 20-AN SEHINGGA AWAL 30-AN
Fasa ini dikenali dengan tahun permulaan. INI LAH TITIK PERMULAAN bagi kebanyakan orang yang baru memasuki alam PEKERJAAN. Tidak kurang juga yang memasuki fasa PERKAWINAN.
Jika difikirkan banyak juga keperluan kewangan kita di tahap ini, antara lain ialah:
- Pembelian Kereta
- Pembelian rumah
- Membeli pakaian yang sesuai untuk pekerjaan
- Membayar hutang pendidikan
- Memberi wang kepada kedua Ibubapa
- Menyumbang kepada ahli keluarga yang memerlukan
Dari segi pelaburan pula, individu harus bersedia mencuba pelaburan yang BERRISIKO RENDAH seperti melabur dalam saham Amanah.
Pembelian POLISI TAKAFUL tabungan juga digalakan untuk menyediakan kemudahan dihari tua seumpama 'MENYEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN'.
Dewasa ini terdapat pelbagai pelan pelaburan yang terjamin diwujudkan oleh intitusi kewangan yang diiktiraf.
Oleh yang demikian, peluang pelaburan berrisiko rendah merupakan alternatif terbaik untuk menambah sumber kewangan
Bagi yang melangsungkan PERKAHWINAN ketika fasa ini disyorkan agar buat pembaharuan dalam tradisi..Apakata salah satu dulang hantaran diletakan satu POLISI TAKAFUL dan SAHAM AMANAH?
TREND BARU YANG MENUNJUKAN KEPERIHATINAN PENGANTIN LELAKI.
No comments:
Post a Comment