Gerakan Koperasi di Malaysia kini sedang dan telah melalui fasa perkembangan yang rancak menjelang tahun 2020. Usaha-usaha tranformasi gerakan koperasi terus dilaksanakan dalam menjayakan aspirasi Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020.
Justeru, penglibatan semua pihak amat diperlukan agar hala tuju ini tidak tersasar.
Jika di imbau, sejarah perkembangan gerakan koperasi di Malaysia ini telah bermula sejak tahun 1922 lagi. Sehingga kini usia gerakan koperasi di Malaysia telah mencecah lebih 90 tahun. Satu usia yang cukup lama dan sepatutnya gerakan koperasi di malaysia sudah berada pada tahap yang matang.
Pelbagai cabaran yang telah ditempuhi. Pada masa yang sama, cabaran semasa juga tidak kurang hebatnya sesuai dengan peredaran masa

No comments:
Post a Comment