Monday, 19 December 2016

FASA 3- MENGURUS KEWANGAN

FASA 3 - AWAL 40-AN HINGGA AWAL 50-AN

Individu sudah memasuki fasa kehidupan yang lebih matang pada ketika ini. Individu akan lebih bersikap berhati-hati untuk berbelanja besar bagi perkara yang kurang bermanfaat, sebaliknya melebihkan peruntukan untuk menambah ilmu pengetahuan dengan menghadiri majlis ilmu atau membuat KERJA AMAL.
Keperluan kewangan juga turut berbeza.
Antaranya ialah:

  • Menjelaskan hutang- (wang KWSP akaun kedua boleh dikeluarkan sewaktu umur 50 tahun atau boleh mengeluarkanya sebelum berumur 50tahun untuk menjelaskan PINJAMAN PERUMAHAN untuk rumah sendiri atau pasangan.
  • Menabung untuk HARI TUA.
  • Perbelanjaan untuk menjaga kesihatan diri
Pelaburan pula dikurangkan manakala pemantauan lebih kerap dibuat keatas pelaburan sedia ada berdasarkan pengelaman dan pengetahuan tentang risiko dan pulangannya.

Pembelian polisi TAKAFUL BARU perlu dikurangkan kerana akan menambahkan jumlah perbelanjaan Individu. Walau bagaimana pun, individu boleh mempertimbangkan untuk menjadi
WAKIL TAKAFUL bagi menjana lebih pendapatan.
Selain itu, seseorang individu juga boleh mulai berjinak dengan perniagaan untuk menyiapkan diri menempuh FASA KEHIDUPAN SELEPAS PERSARAAN

1 comment: