Kebanyakan orang dilatih untuk mencari wang tetapi tidak ramai dilatih untuk menguruskan wang apabila telah memilikinya.
Masa terbaik dan sesuai untuk melatih seseorang individu tentang kepentingan pengurusan kewangan ialah sewaktu individu itu masih diBANGKU SEKOLAH lagi
Ketika sudah melangkah keAlam pekerjaan pula pendidikan berkaitan PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI harus dijadikan tajuk `WAJIB' dalam semua latihan induksi yang diadakan kepada semua pekerja baru.
Mengikut Agensi Kaunseling dan pengurusan Kredit (AKPK) dibawah BANK NEGARA pada 2006,
ANTARA FAKTOR UTAMA individu ini gagal dalam membayar hutang-hutang mereka dengan BANK ialah `KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN'
Bayangkan bagaimana prestasi kerja mereka yang berada dalam statistik ini?
Syukurlah jika mereka merupakan pekerja yang dapat mengasingkan MASALAH PERIBADI apabila bekerja.
Namun realitinya, kebanyakan individu merasakan beban hutang yang membelengu ini memberi impak negatis keatas kerjaya mereka. Ia semakin membimbangkan apabila mereka berada didalam era kemelesetan ekonomi yang menyebabkan KOS SARA HIDUP SEMAKIN MENINGKAT.
Bayangkan pula apabila seseorang individu dapat membebaskan diri mereka daripada MASALAH KEWANGAN?
Sudah tentu kualiti kerja mereka semakin meningkat dan semakin komited dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Dalam kontaks KOPERASI pula, ALK akan lebih komited dalam menjalankan tugas seperti mengurus bajet yang diperuntukan oleh Koperasi yang berhemah.
Komitmen tersebut akan memberi gambaran KREDIBILITI BARISAN ALK yang seterusnya menarik keyakinan anggota untuk turut menyokong segala aktiviti seperti Melanggan di KEDAI KOPERASI, menggunakan PERKHIDMATAN yang ditawarkan oleh KOPERASI serta MEMBERI SUMBANGAN kepada mana-mana tabung yang diwujudkan oleh koperasi.
Tq sharing 👍
ReplyDeleteAlhamdulillah info2 yg sgt bermanfaat.
ReplyDelete