Tuesday, 20 December 2016

BAGAIMANA CARA BIJAK URUS KEWANGAN

8 TIP BIJAK URUS KEWANGAN

1. BAYAR SEPENUHNYA HUTANG KAD KREDIT
Ramai individu yang menggunakan kad kredit mempunyai tabiat tidak suka membuka penyata kad kredit.
Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan menyebabkan hutang kad kredit mencapai had maksimun tanpa disedari.

Kebiasaannya apa yang dilakukan ialah membayar jumlah minimun sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit. Sebaik-baiknya semua hutang kad kredit hendaklah dijelaskan secepat mungkin. Hal ini akan dapat mengelakan tanggungan terhadap faedah kad kredit yang tinggi dan membendung perbelanjaan tidak penting.

Namun, sekiranya individu bijak dalan pengurusan kewangan, penggunaan kad kredit adalah dalah satu peluang untuk berbelanja dengan bijak. Mata ganjaran dan rebet yang diperolehi sebagai hadiah dalam pengunaan kad kredit ini wajar dijadikan contoh terbaik pemilihan menggunakan kad kredit berbanding Tunai.

Namun , haruslah diingat sentiasa, HUTANG HARUS DIBAYAR MENGIKUT TEMPOHNYA dan `saya hanya menggunakan kad kredit kerana tidak membawa tunai, bukan tiada tunai'. Ini akan memimpin kita untuk menjauhkan diri daripada bebanan hutang

2. SIMPAN 10% UNTUK DIRI SENDIRI
Sering kali buku pengurusan kewangan menyarankan seseorang individu untuk menyimpan 10% daripada pendapatan yang diperolehi.
Konsep ini dinamakan `PAY YOURSELF FIRST'. Buku klasik The Richest Man in Babylon menyatakan seseorang individu perlu menyimpan sebanyak 1/10 bahagian daripada pendapatan.
10 % mungkin nampak kecil apabila dilihat pada angkanya. Namun, andai dibuat dalam bentuk pengiraan seperti 10% dari RM1= 10 sen, 10% daripada RM10 =rm1.00,, 10% dari RM1000=RM100
menunjukan nilai yang berbeza

4 comments: