mudah cara, bersatu dalam berniaga, order barang cara pukal, menjual dan membeli,kursus,katering,membekal makan dan minum, kecantikan, jahitan, pakaian sekolah, pakaian muslimah, pakaian kanak-kanak,pakaian baju melayu, uniform kokurikulum,uniform korporate, kursus jahitan, taska, tadika, pendidikan kanak-kanak,penjagaan diri dan spa, pengajian alquran, pengurusan majlis, homestay, rumah inap, sewa bilik, pa system, sewa peralan pengantin, sewa peralatan katering
Tuesday, 20 December 2016
SKM, ANGKASA,MKM, PULAKOP DAN KOPERASI
Berdasarkan kepada perkembangan gerakan koperasi semasa berasaskan kepada fungsi Koperasi semasa berasaskan kepada fungsi koperasi, maka didapati terdapat kepelbagaian aktiviti koperasi seperti kredit dan perbankan, pertanian, pembangunan harta tanah, pelancongan, pengangkutan, kesihatan, peruncitan dan sebagainya.
Dalam melaksanakan perniagaan koperasi mengikut aktiviti diatas, mungkin pihak koperasi menghadapi halangan dan masalah untuk merealisasikan objektif setiap aktiviti tersebut.
Oleh itu, Pusat konsultasi dan penyelidikan menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang seperti berikut:

- Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
- Perakaunan dan Kewangan koperasi
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
- Perniagaan Koperasi
- Pengurusan Strategik
- Pengurusan Am
Khidmat konsultasi dan khidmat nasihat juga merupakan cara terbaik untuk turun ke akar umbi koperasi bagi menyelami masalah yang dialami oleh koperasi dan dapat menerapkan elemen setempat untuk menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan Akta Koperasi 1993, peraturan, Garis panduan, Aturan dan lain-lain peraturan.
Khidmat ini diterapkan oleh MKM (Maktab Koperasi Malaysia) kepada Koperasi dan Koperator.
MKM ditubuhkan atas dasar untuk memberi pendidikan , maklumat dan latihan kepada Anggota Koperasi dan Koperator secara Formal dan tidak Formal.
Kursus -kursus tersebut adalah:
- Pengurusan dan pentadbiran Koperasi (Wajib 1 )
- Pengurusan Kewangan Koperasi (Wajib 2)
- Pengurusan Strategik (Wajib 3)
- Penyedian Aturan Koperasi
- Tatacara Pengauditan dan Perakaunan Koperasi
- Panduan Mesyuarat agong Koperasi
- Penyediaan laporan Tahunan koperasi
- Asas pengurusan perniagaan koperasi
- Aplikasi MS Excel
- Perakaunan aktiviti homestay
- Penyediaan pakej pelancongan dalam negara
- Pengurusan perniagaan Homestay
- Membina blog & pemasaran perniagaan online (Homestay)
- Potensi perniagaan penjagaan diri
Pembelajaran dan Peluang yang PERCUMA untuk ANGGOTA KOPERASI
KENAPA PERLU BERKOPERASI
Para pengusaha dan gerakan koperasi mesti melakukan usaha bersepadu untuk melakukan tranformasi iaitu fokus kepada pengurusan maklumat dan menjana nilai untuk menyertai lombong aset maklumat dunia yang sedang berkembang
BAGAIMANA CARA BIJAK URUS KEWANGAN
8 TIP BIJAK URUS KEWANGAN
1. BAYAR SEPENUHNYA HUTANG KAD KREDIT
Ramai individu yang menggunakan kad kredit mempunyai tabiat tidak suka membuka penyata kad kredit.
Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan menyebabkan hutang kad kredit mencapai had maksimun tanpa disedari.
Kebiasaannya apa yang dilakukan ialah membayar jumlah minimun sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit. Sebaik-baiknya semua hutang kad kredit hendaklah dijelaskan secepat mungkin. Hal ini akan dapat mengelakan tanggungan terhadap faedah kad kredit yang tinggi dan membendung perbelanjaan tidak penting.
Namun, sekiranya individu bijak dalan pengurusan kewangan, penggunaan kad kredit adalah dalah satu peluang untuk berbelanja dengan bijak. Mata ganjaran dan rebet yang diperolehi sebagai hadiah dalam pengunaan kad kredit ini wajar dijadikan contoh terbaik pemilihan menggunakan kad kredit berbanding Tunai.
Namun , haruslah diingat sentiasa, HUTANG HARUS DIBAYAR MENGIKUT TEMPOHNYA dan `saya hanya menggunakan kad kredit kerana tidak membawa tunai, bukan tiada tunai'. Ini akan memimpin kita untuk menjauhkan diri daripada bebanan hutang
2. SIMPAN 10% UNTUK DIRI SENDIRI
Sering kali buku pengurusan kewangan menyarankan seseorang individu untuk menyimpan 10% daripada pendapatan yang diperolehi.
Konsep ini dinamakan `PAY YOURSELF FIRST'. Buku klasik The Richest Man in Babylon menyatakan seseorang individu perlu menyimpan sebanyak 1/10 bahagian daripada pendapatan.
10 % mungkin nampak kecil apabila dilihat pada angkanya. Namun, andai dibuat dalam bentuk pengiraan seperti 10% dari RM1= 10 sen, 10% daripada RM10 =rm1.00,, 10% dari RM1000=RM100
menunjukan nilai yang berbeza

Monday, 19 December 2016
TIP BIJAK URUS KEWANGAN
Tip untuk mengelakan diri kita daripada masalah kewangan adalah dengan mengawal perbelanjaan supaya tidak melebihi pendapatan yang diterima.
Bunyinya memang mudah namun percaya atau tidak , ramai individu mengalami masalah kewangan hanya semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan mereka.
8 TIP BIJAK URUS KEWANGAN
- Bayar sepenuhnya hutang kad kredit
- Simpan 10% untuk diri sendiri
- Tulis rancangan Kewangan
- Bawa wang tunai sahaja
- Fikir selama 2 minggu
- Beli aset dan bukan liabiliti
- Sentiasa memantau dan menyemak kedudukan kewangan
- Bijak memilih kawan
Peribadi seseorang dapat diurus secara bersistematik dan tidak dibebani dengan hutang yang tidak mampu dilangsaikan. Hutang akan menyebankan seseorang individu itu HINA DISIANG HARI dan GELISAH DIMALAM HARI sebagaimana sabda RASULULLAH SAW didalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.
8 TIP BIJAK URUS KEWANGAN AKAN DI CERITAKAN DI BLOG SETERUSNYA
BERLATIH MENGURUS WANG SENDIRI
Kebanyakan orang dilatih untuk mencari wang tetapi tidak ramai dilatih untuk menguruskan wang apabila telah memilikinya.
Masa terbaik dan sesuai untuk melatih seseorang individu tentang kepentingan pengurusan kewangan ialah sewaktu individu itu masih diBANGKU SEKOLAH lagi
Ketika sudah melangkah keAlam pekerjaan pula pendidikan berkaitan PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI harus dijadikan tajuk `WAJIB' dalam semua latihan induksi yang diadakan kepada semua pekerja baru.
Mengikut Agensi Kaunseling dan pengurusan Kredit (AKPK) dibawah BANK NEGARA pada 2006,
ANTARA FAKTOR UTAMA individu ini gagal dalam membayar hutang-hutang mereka dengan BANK ialah `KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN'
Bayangkan bagaimana prestasi kerja mereka yang berada dalam statistik ini?
Syukurlah jika mereka merupakan pekerja yang dapat mengasingkan MASALAH PERIBADI apabila bekerja.
Namun realitinya, kebanyakan individu merasakan beban hutang yang membelengu ini memberi impak negatis keatas kerjaya mereka. Ia semakin membimbangkan apabila mereka berada didalam era kemelesetan ekonomi yang menyebabkan KOS SARA HIDUP SEMAKIN MENINGKAT.
Bayangkan pula apabila seseorang individu dapat membebaskan diri mereka daripada MASALAH KEWANGAN?
Sudah tentu kualiti kerja mereka semakin meningkat dan semakin komited dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Dalam kontaks KOPERASI pula, ALK akan lebih komited dalam menjalankan tugas seperti mengurus bajet yang diperuntukan oleh Koperasi yang berhemah.
Komitmen tersebut akan memberi gambaran KREDIBILITI BARISAN ALK yang seterusnya menarik keyakinan anggota untuk turut menyokong segala aktiviti seperti Melanggan di KEDAI KOPERASI, menggunakan PERKHIDMATAN yang ditawarkan oleh KOPERASI serta MEMBERI SUMBANGAN kepada mana-mana tabung yang diwujudkan oleh koperasi.

KEWANGAN DI USIA TUA
FASA 4 - AWAL 50-AN HINGGA AKHIR USIA
Ketika ini, Keperluan perancangan kewanggan adalah:
Beberapa perkara perlu difikirkan apabila merancang untuk bersara seperti:

- Perancangan wasiat/pengagihan harta
- Kesihatan
- Menjelaskan hutang sebelum bersara
- Pendidikan anak diperingkat pengajian tinggi
- Sumbangan untuk badan-badan kebajikan
Beberapa perkara perlu difikirkan apabila merancang untuk bersara seperti:
- Bagaimana situasi kewangan apabila mencecah umur bersara? Pastikan dimana kita akan terima punca pendapatan
- Bagaimana keadaan HUTANG? semua sudah dijelaskan? Jika tidak, BERAPA LAGI?
- Bagaimana pula dengan KOS SARAAN atau KOS PERUBATAN?
- Adakah anak-anak masih bersekolah ketika ini?
- Sudahkah menjalani IBADAH HAJI?
SETELAH MENILAI SEMUA PERKARA DIATAS, Harus dicatat kewangan kita sewaktu bersara kelak. Apabila sesuatu dicatat, barulah nampak apa implikasinya dan bagaimana untuk bertindak seterusnya.
FASA 3- MENGURUS KEWANGAN
FASA 3 - AWAL 40-AN HINGGA AWAL 50-AN
Individu sudah memasuki fasa kehidupan yang lebih matang pada ketika ini. Individu akan lebih bersikap berhati-hati untuk berbelanja besar bagi perkara yang kurang bermanfaat, sebaliknya melebihkan peruntukan untuk menambah ilmu pengetahuan dengan menghadiri majlis ilmu atau membuat KERJA AMAL.
Keperluan kewangan juga turut berbeza.
Antaranya ialah:
Pembelian polisi TAKAFUL BARU perlu dikurangkan kerana akan menambahkan jumlah perbelanjaan Individu. Walau bagaimana pun, individu boleh mempertimbangkan untuk menjadi
WAKIL TAKAFUL bagi menjana lebih pendapatan.
Selain itu, seseorang individu juga boleh mulai berjinak dengan perniagaan untuk menyiapkan diri menempuh FASA KEHIDUPAN SELEPAS PERSARAAN

- Menjelaskan hutang- (wang KWSP akaun kedua boleh dikeluarkan sewaktu umur 50 tahun atau boleh mengeluarkanya sebelum berumur 50tahun untuk menjelaskan PINJAMAN PERUMAHAN untuk rumah sendiri atau pasangan.
- Menabung untuk HARI TUA.
- Perbelanjaan untuk menjaga kesihatan diri
Pembelian polisi TAKAFUL BARU perlu dikurangkan kerana akan menambahkan jumlah perbelanjaan Individu. Walau bagaimana pun, individu boleh mempertimbangkan untuk menjadi
WAKIL TAKAFUL bagi menjana lebih pendapatan.
Selain itu, seseorang individu juga boleh mulai berjinak dengan perniagaan untuk menyiapkan diri menempuh FASA KEHIDUPAN SELEPAS PERSARAAN
FASA 2- AWAL 30-AN HINGGA 40-AN
Pada peringkat ini, pendapatan individu sudah mulai meningkat. Jika kenaikan gaji purata 5% setahun dan kita mula bekerja sejak awal 20-an, besar kemungkinan gaji kita sudah naik sekurang-kurangnya 50%.
Dari segi keperluan kewangan pula antara lain ia mungkin meliputi keperluan untuk:
Pembelian polisi takaful pula lebih tertumpu kepada polisi kesihatan yang meliputi polisi 'critical illness' dan polisi takaful PENDIDIKAN ANAK-ANAK.
Di peringkat ini juga individu tersebut bakal berdepan dengan kos perbelanjaan untuk anak-anak. Kategori perbelanjaan mengikut peringkat usia anak-anak ialah
Bagi peringkat TADIKA dan SEKOLAH pula, Sudah tentu KOS YURAN PENGAJIAN DAN ALATAN PEMBELAJARAN perlu difikirkanselain KOS MAKAN DAN MINUM.
Oleh itu sangat penting ibubapa membuat perancangan kewangan yang teliti dengan memikirkandari sudut keutamaan kemana wang itu sepatutnya dibelanjakan dahulu.

- Penyusunan semula Hutang
- Pembelian kereta yang lebih mewah
- Pengubahsuaian rumah atau pembelian rumah baru
- Peruntukan untuk MELANCONG/mengerjakan UMRAH/HAJI
Pembelian polisi takaful pula lebih tertumpu kepada polisi kesihatan yang meliputi polisi 'critical illness' dan polisi takaful PENDIDIKAN ANAK-ANAK.
Di peringkat ini juga individu tersebut bakal berdepan dengan kos perbelanjaan untuk anak-anak. Kategori perbelanjaan mengikut peringkat usia anak-anak ialah
- Bayi ke Tadika
- Sekolah Rendah
- Sekolah Menengah
Bagi peringkat TADIKA dan SEKOLAH pula, Sudah tentu KOS YURAN PENGAJIAN DAN ALATAN PEMBELAJARAN perlu difikirkanselain KOS MAKAN DAN MINUM.
Oleh itu sangat penting ibubapa membuat perancangan kewangan yang teliti dengan memikirkandari sudut keutamaan kemana wang itu sepatutnya dibelanjakan dahulu.
4 FASA MERANCANG KEWANGAN PERIBADI
Dalam aspek pengurusan kewangan, kehidupan seseorang INDIVIDU boleh dikategorikan kepada 4 fasa keperluan dalam setiap Fasa kehidupan. Fasa ini berbeza-beza seiring dengan pertambahan UMUR seseorang individu.
FASA 1- AWAL 20-AN SEHINGGA AWAL 30-AN
Fasa ini dikenali dengan tahun permulaan. INI LAH TITIK PERMULAAN bagi kebanyakan orang yang baru memasuki alam PEKERJAAN. Tidak kurang juga yang memasuki fasa PERKAWINAN.
Jika difikirkan banyak juga keperluan kewangan kita di tahap ini, antara lain ialah:
- Pembelian Kereta
- Pembelian rumah
- Membeli pakaian yang sesuai untuk pekerjaan
- Membayar hutang pendidikan
- Memberi wang kepada kedua Ibubapa
- Menyumbang kepada ahli keluarga yang memerlukan
Dari segi pelaburan pula, individu harus bersedia mencuba pelaburan yang BERRISIKO RENDAH seperti melabur dalam saham Amanah.
Pembelian POLISI TAKAFUL tabungan juga digalakan untuk menyediakan kemudahan dihari tua seumpama 'MENYEDIAKAN PAYUNG SEBELUM HUJAN'.
Dewasa ini terdapat pelbagai pelan pelaburan yang terjamin diwujudkan oleh intitusi kewangan yang diiktiraf.
Oleh yang demikian, peluang pelaburan berrisiko rendah merupakan alternatif terbaik untuk menambah sumber kewangan
Bagi yang melangsungkan PERKAHWINAN ketika fasa ini disyorkan agar buat pembaharuan dalam tradisi..Apakata salah satu dulang hantaran diletakan satu POLISI TAKAFUL dan SAHAM AMANAH?
TREND BARU YANG MENUNJUKAN KEPERIHATINAN PENGANTIN LELAKI.
PENGURUSAN KEWANGAN ANGGOTA KOPERASI
KEWANGAN ialah suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan.
Semua orang perlu merancang kewangan masing-masing tidak kira samada kaya atau miskin.
Namun , rancangan kewangan yang tidak dilaksanakan dengan baik akan mengundang kegagalan dalam menguruskan kewangan.
Sebahagian daripada masyarakat hari ini berfikiran hanya orang kaya perlu merancang kewangan dan kemungkinan akan membuat pelaburan.
SILAPLA JIKA BERFIKIRAN BEGITU
Bahkan orang yang hanya mempunyai sumber kewangan sekadar "CUKUP MAKAN" lebih memerlukan perancangan kewangan yang teliti untuk memastikan SURVIVAL KEHIDUPAN mereka TERJAMIN tanpa pelu meminta-minta dari orang lain.
Selaku penggerak koperasi, ANGGOTA LEMBAGA KOPERASI (ALK) perlu terlebih dahulu menguruskan kewangan peribadi dengan baik supaya komitmen untuk menjalankan tugasan terutama yang melibatkan aktiviti pembuatan keputusan di koperasi tidak terganggu kerana terlalu memikirkan tentang STATUS KEWANGAN PERIBADI YANG TIDAK STABIL.
Dalam hal ini, peranan koperasi dalam menjana ekonomi anggota perlu diambil perhatian sewajarnya oleh semua ALK.
Ini kerana, setiap keputusan yang dibuat akan membawa implikasi kepada kedudukan kewangan peribadi yang baik, ia akan mendorong mereka untuk melaksanakanperkara yang sama apabila melibatkan pengurusan kewangan koperasi
KITA CERITA LAGI DALAM TAJUK MERANCANG KEWANGAN PERIBADI DALAM FASA KEHIDUPAN

Apa itu koperasi, kenapa kita perlu berkoperasi
Gerakan Koperasi di Malaysia kini sedang dan telah melalui fasa perkembangan yang rancak menjelang tahun 2020. Usaha-usaha tranformasi gerakan koperasi terus dilaksanakan dalam menjayakan aspirasi Dasar Koperasi Negara (DKN) 2011-2020.
Justeru, penglibatan semua pihak amat diperlukan agar hala tuju ini tidak tersasar.
Jika di imbau, sejarah perkembangan gerakan koperasi di Malaysia ini telah bermula sejak tahun 1922 lagi. Sehingga kini usia gerakan koperasi di Malaysia telah mencecah lebih 90 tahun. Satu usia yang cukup lama dan sepatutnya gerakan koperasi di malaysia sudah berada pada tahap yang matang.
Pelbagai cabaran yang telah ditempuhi. Pada masa yang sama, cabaran semasa juga tidak kurang hebatnya sesuai dengan peredaran masa
Blog pertama Koperasi,Mulakan dengan doa
Selamat datang ke Blog kami , Koperasi Wanita Labuan Berhad
Koperasi khas untuk wanita Labuan telah berdaftar dengan SKM (Suruhanjaya koperasi Malaysia) dan mula beroperasi pada tahun 2010.
Perhidmatan katering, jahitan, kecantikan dan SPA, Kursus jahitan, Kendali & pengacaraan serta pengurusan majlis, Homestay, rumah Inap dan Bilik Sewa, Kelas pengajian Alquran serta aktiviti kerohanian.
Blog ini dicipta bertujuan memberi ruang kita bercerita , berhubung, meluahkan masalah.. menyelesai masalah, membuka peluang dan apa saja.
InsyaaAllah kita sama sama membantu
Untuk permulaan inilah Ahli lembaga pengarah Koperasi Wanita Labuan Berhad

Subscribe to:
Comments (Atom)