Tuesday, 20 December 2016

JUMPA LAGI

SKM, ANGKASA,MKM, PULAKOP DAN KOPERASI

Berdasarkan kepada perkembangan gerakan koperasi semasa berasaskan kepada fungsi Koperasi semasa berasaskan kepada fungsi koperasi, maka didapati terdapat kepelbagaian aktiviti koperasi seperti kredit dan perbankan, pertanian, pembangunan harta tanah, pelancongan, pengangkutan, kesihatan, peruncitan dan sebagainya.
Dalam melaksanakan perniagaan koperasi mengikut aktiviti diatas, mungkin pihak koperasi menghadapi halangan dan masalah untuk merealisasikan objektif setiap aktiviti tersebut.
Oleh itu, Pusat konsultasi dan penyelidikan menawarkan khidmat nasihat dan konsultasi dalam bidang seperti berikut:

  • Pengurusan dan Pentadbiran Koperasi
  • Perakaunan dan Kewangan koperasi
  • Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
  • Perniagaan Koperasi
  • Pengurusan Strategik
  • Pengurusan Am
Khidmat konsultasi dan khidmat nasihat juga merupakan cara terbaik untuk turun ke akar umbi koperasi  bagi menyelami masalah yang dialami oleh koperasi dan dapat menerapkan elemen setempat untuk menyelesaikan masalah tersebut berdasarkan Akta Koperasi 1993, peraturan, Garis panduan, Aturan dan lain-lain peraturan. 

Khidmat ini diterapkan oleh MKM (Maktab Koperasi Malaysia) kepada Koperasi dan Koperator.
MKM ditubuhkan atas dasar untuk memberi pendidikan , maklumat dan latihan kepada Anggota Koperasi dan Koperator secara Formal dan tidak Formal.

Kursus -kursus tersebut adalah:
  • Pengurusan dan pentadbiran Koperasi (Wajib 1 )
  • Pengurusan Kewangan Koperasi (Wajib 2)
  • Pengurusan Strategik (Wajib 3)
  • Penyedian Aturan Koperasi
  • Tatacara Pengauditan dan Perakaunan Koperasi 
  • Panduan Mesyuarat agong Koperasi
  • Penyediaan laporan Tahunan koperasi
  • Asas pengurusan  perniagaan koperasi
  • Aplikasi MS Excel
  • Perakaunan aktiviti homestay
  • Penyediaan pakej pelancongan dalam negara
  • Pengurusan perniagaan Homestay
  • Membina blog & pemasaran perniagaan online (Homestay)
  • Potensi perniagaan penjagaan diri
Pembelajaran dan Peluang yang PERCUMA untuk  ANGGOTA KOPERASI

KENAPA PERLU BERKOPERASI

Para pengusaha dan gerakan koperasi mesti melakukan usaha bersepadu untuk melakukan tranformasi iaitu fokus kepada pengurusan maklumat dan menjana nilai untuk menyertai lombong aset maklumat dunia yang sedang berkembang


BAGAIMANA CARA BIJAK URUS KEWANGAN

8 TIP BIJAK URUS KEWANGAN

1. BAYAR SEPENUHNYA HUTANG KAD KREDIT
Ramai individu yang menggunakan kad kredit mempunyai tabiat tidak suka membuka penyata kad kredit.
Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal akan menyebabkan hutang kad kredit mencapai had maksimun tanpa disedari.

Kebiasaannya apa yang dilakukan ialah membayar jumlah minimun sahaja setiap kali menerima penyata kad kredit. Sebaik-baiknya semua hutang kad kredit hendaklah dijelaskan secepat mungkin. Hal ini akan dapat mengelakan tanggungan terhadap faedah kad kredit yang tinggi dan membendung perbelanjaan tidak penting.

Namun, sekiranya individu bijak dalan pengurusan kewangan, penggunaan kad kredit adalah dalah satu peluang untuk berbelanja dengan bijak. Mata ganjaran dan rebet yang diperolehi sebagai hadiah dalam pengunaan kad kredit ini wajar dijadikan contoh terbaik pemilihan menggunakan kad kredit berbanding Tunai.

Namun , haruslah diingat sentiasa, HUTANG HARUS DIBAYAR MENGIKUT TEMPOHNYA dan `saya hanya menggunakan kad kredit kerana tidak membawa tunai, bukan tiada tunai'. Ini akan memimpin kita untuk menjauhkan diri daripada bebanan hutang

2. SIMPAN 10% UNTUK DIRI SENDIRI
Sering kali buku pengurusan kewangan menyarankan seseorang individu untuk menyimpan 10% daripada pendapatan yang diperolehi.
Konsep ini dinamakan `PAY YOURSELF FIRST'. Buku klasik The Richest Man in Babylon menyatakan seseorang individu perlu menyimpan sebanyak 1/10 bahagian daripada pendapatan.
10 % mungkin nampak kecil apabila dilihat pada angkanya. Namun, andai dibuat dalam bentuk pengiraan seperti 10% dari RM1= 10 sen, 10% daripada RM10 =rm1.00,, 10% dari RM1000=RM100
menunjukan nilai yang berbeza

Monday, 19 December 2016

TIP BIJAK URUS KEWANGAN

Tip untuk mengelakan diri kita daripada masalah kewangan adalah dengan mengawal perbelanjaan supaya tidak melebihi pendapatan yang diterima. 
Bunyinya memang mudah namun percaya atau tidak , ramai individu mengalami masalah kewangan hanya semata-mata kerana gagal mengawal perbelanjaan mereka. 

8 TIP BIJAK URUS KEWANGAN

  1. Bayar sepenuhnya hutang kad kredit
  2. Simpan 10% untuk diri sendiri
  3. Tulis rancangan Kewangan
  4. Bawa wang tunai sahaja
  5. Fikir selama 2 minggu
  6. Beli aset dan bukan liabiliti
  7. Sentiasa memantau dan menyemak kedudukan kewangan
  8. Bijak memilih kawan
Pengurusan kewangan peribadi sememangnya mempengaruhi gaya hidup seseorang individu.
Peribadi seseorang dapat diurus secara bersistematik dan tidak dibebani dengan hutang yang tidak mampu dilangsaikan. Hutang akan menyebankan seseorang individu itu HINA DISIANG HARI dan GELISAH DIMALAM HARI sebagaimana sabda  RASULULLAH SAW didalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi.


8 TIP BIJAK URUS KEWANGAN AKAN DI CERITAKAN DI BLOG SETERUSNYA

BERLATIH MENGURUS WANG SENDIRI

Kebanyakan orang dilatih untuk mencari wang tetapi tidak ramai dilatih untuk menguruskan wang apabila telah memilikinya.
Masa terbaik dan sesuai untuk melatih seseorang individu tentang kepentingan pengurusan kewangan ialah sewaktu individu itu masih diBANGKU SEKOLAH lagi
Ketika sudah melangkah keAlam pekerjaan pula pendidikan berkaitan PENGURUSAN KEWANGAN PERIBADI harus dijadikan tajuk `WAJIB' dalam semua latihan induksi yang diadakan kepada semua pekerja baru.

Mengikut Agensi Kaunseling dan pengurusan Kredit (AKPK) dibawah BANK NEGARA pada 2006,

ANTARA FAKTOR UTAMA individu ini gagal dalam membayar hutang-hutang mereka dengan BANK ialah `KELEMAHAN DALAM PENGURUSAN KEWANGAN'

Bayangkan bagaimana prestasi kerja mereka yang berada dalam statistik ini?
Syukurlah jika mereka merupakan pekerja yang dapat mengasingkan MASALAH PERIBADI apabila bekerja.
Namun realitinya, kebanyakan individu merasakan beban hutang yang membelengu ini memberi impak negatis keatas kerjaya mereka. Ia semakin membimbangkan apabila mereka berada didalam era kemelesetan ekonomi yang menyebabkan KOS SARA HIDUP SEMAKIN MENINGKAT.
Bayangkan pula apabila seseorang individu dapat membebaskan diri mereka daripada MASALAH KEWANGAN?

Sudah tentu kualiti kerja mereka semakin meningkat dan semakin komited dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Dalam kontaks KOPERASI pula, ALK akan lebih komited dalam menjalankan tugas seperti mengurus bajet yang diperuntukan  oleh Koperasi yang berhemah.
Komitmen tersebut akan memberi gambaran KREDIBILITI BARISAN ALK yang seterusnya menarik keyakinan anggota untuk turut menyokong segala aktiviti seperti Melanggan di KEDAI KOPERASI, menggunakan PERKHIDMATAN yang ditawarkan oleh KOPERASI serta  MEMBERI SUMBANGAN kepada mana-mana tabung yang diwujudkan oleh koperasi.

KEWANGAN DI USIA TUA

FASA 4 - AWAL 50-AN HINGGA AKHIR USIA

Ketika ini, Keperluan perancangan kewanggan adalah:


  • Perancangan wasiat/pengagihan harta 
  • Kesihatan
  • Menjelaskan hutang sebelum bersara
  • Pendidikan anak diperingkat pengajian tinggi
  • Sumbangan untuk badan-badan kebajikan
SEDIAKAH INDIVIDU UNTUK BERSARA KETIKA FASA INI?

Beberapa perkara perlu difikirkan apabila merancang untuk bersara seperti:


  • Bagaimana situasi kewangan apabila mencecah umur bersara? Pastikan dimana kita akan terima punca pendapatan
  • Bagaimana keadaan HUTANG? semua sudah dijelaskan? Jika tidak, BERAPA LAGI?
  • Bagaimana pula dengan KOS SARAAN atau KOS PERUBATAN?
  • Adakah anak-anak masih bersekolah ketika ini?
  • Sudahkah menjalani IBADAH HAJI?

SETELAH MENILAI SEMUA PERKARA DIATAS, Harus dicatat kewangan kita sewaktu bersara kelak. Apabila sesuatu dicatat, barulah nampak apa implikasinya dan bagaimana untuk bertindak seterusnya.